Wednesday, May 14, 2014

RESULT

esok insyaallah result keluar.. T.T.. takutlah dah la aq tengah risau tapi boleh pulak sorg minah ni buat muka tak berperasaan kat aq.. rasa nak tembak je.. tapi tak sampai hati sebab pikir member.. huargggh... mintak2 la hpnm naik... tolong la jangan jatuh gedebuk macam buah nangka jatuh ke tanah.. punah segala harapan ku.. impian ku musnah.... huhuhu T.T.. tula lain kali time exam jangan main2.. tapi aq rasa tak ada perubahan pun.. huahuahua.. walau ape pun result esok aku terima sebab tak serius dalam study... haha.. redha je la...



HALUSINASI

Satu novel yang agak merumitkan sekiranya tanpa penghayatan dalam pembacaannya. Buat pertama kalinya aku menukar selera dari novel romantik kepada novel horror kerana novel ini. Jessy Mojuru merupakan penulis Halusinasi. 

Cerita ini mengisahkan kehidupan Maya yang dihantui kisah lampau. Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi. Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati! Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.



Monday, May 12, 2014

Reunion 5T

3 Mei bersamaan dengan hari Satu merupakan tarikh yang paling istimewa sepanjang sejarah hidup aku. Seramai 15 orang bekas pelajar 5T, SMK Jelapang Jaya telah bersua kembali setelah 3 tahun menyepikan diri. Pada seawal 8 pagi, kami telah berkumpul di Caltex Meru dan bertolak ke Teluk Batik.




 Antara pelajar perempuan 5T.
Dari kiri Una, Wani, Aini, Apeq, Fitrah dan Myera.


Walaupun telah berlalu, namun saat-saat bersama korang masih terasa. Ape-ape pun aku memang seronok. Harap boleh bersua lagi. :)





150 PELAJAR TAWAN GUNUNG LEDANG



ARKIB : 19/06/2013


Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my




SEBAHAGIAN daripada 150 penuntut politeknik yang menyertai Program CMI 2013 
merakam kenangan di puncak Gunung Ledang, Ledang, Johor, baru-baru ini.



LEDANG 18 Jun - Seramai 150 penuntut politeknik dari seluruh negara menyertai Program Inspirasi dan Mencabar Minda 2013 (CMI 2013) di Kem Majlis Sukan Negara (MSN) Saujana, Asahan, Melaka baru-baru ini.

Program selama dua hari anjuran Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan turut disertai ahli Kelab Bimbingan Rakan Siswa Politeknik (PRSP) itu diisi dengan beberapa latihan dan pendakian ke Gunung Ledang.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik (JPP), Datuk Mohlis Jaafar berkata, antara tujuan program itu adalah untuk memupuk semangat jati diri dalam kalangan mahasiswa agar lebih bersedia daripada segi mental, fizikal dan kerohanian.

"Bagi pelajar-pelajar yang pertama kali mendaki Gunung Ledang, ia adalah pengisian program yang wajib disertai dan merupakan satu cabaran perlu dilalui sekali gus membina keyakinan diri.

"Saya juga percaya banyak perkara yang dapat dipelajari daripada program selama dua hari ini yang bukan semata-mata mendaki Gunung Ledang tetapi lebih daripada itu," katanya pada Majlis Penutup CMI 2013 di Dewan Kem MSN Saujana.

Sementara itu, peserta dari Politeknik Shah Alam, Muhammad Hafiz Mohd. Anuar, 21, berkata, program tersebut bukan hanya tertumpu kepada pendakian Gunung Ledang tetapi yang utama ialah penekanan semangat berpasukan dan setiakawan selain penerapan nilai murni dalam kehidupan seharian.

Katanya, perancangan pada masa depan adalah menyertai ekspedisi menawan Gunung Tahan di Pahang selepas berpengalaman melakukan pendakian ke puncak Gunung Stong di Kelantan sebelum ini dan berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Ledang pada kali ini.

"Walaupun kumpulan kami mengambil masa kira-kira tujuh jam untuk menawan puncak, ia satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan apabila berjaya berada di puncak melihat pemandangan dan suasana indah ciptaan Allah," katanya.

Peserta termuda, Nur Aimi Farhana Mohd. Hosni, 19, dari Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim, Kedah, menyifatkan program itu benar-benar mencabar kekuatan fizikal dan mental sebelum berjaya ke puncak pukul 3 petang, namun ia berbaloi kerana kepuasan mencapai puncak tidak dapat digambarkan.

"Kejayaan pasukan bersama-sama menawan gunung berkenaan benar-benar menggembirakan saya dan rakan apatah lagi sebelum ini tidak pernah menjangka mampu melakukannya. Atas semangat berpasukan semuanya selamat ke puncak," ujarnya.





#PetikanUtusan




PADANG POLO

Alhamdulillah. Kenyang jugak perut. Lepas makan laksa kat Padang Polo. Dah lama tak makan. Memang terbaiklah laksa dia. Sehingga menjilat sudu. Hehehe. Dekat Padang Polo memang banyak pilihan laksa. Selalunya kedai dibuka sampai lewat malam. Dahlah laksanya murah sedap pulak tu. Selain menjual laksa ada jugak makanan ringan seperti keropok lekor, nuget, rojak buah dan macam-macam lagi makanan ringan. Bagi yang suka bersenam tengah-tengah malam lagilah syok. Lepas berjogging boleh pekena laksa. Setiap kali balik ke Ipoh tak sah kalau aQ tak turun Padang Polo. Hee. Boleh jadi kempunan teman. Bagi sesiapa yang tak pernah rasa memang digalakkan pegi. Memang terbaikkk. Tambah-tambah bila makan lewat malam. Memang syok.





Tuesday, May 6, 2014

LUAHAN HATI

PERHUBUNGAN


Setiap manusia tidak akan terlepas dari perasaan bercinta. Skop bercinta bukan hanya tertumpu pada pasangan antara lelaki dan perempuan atau diistilahkan sebagai couple tetapi melibatkan antara tuhan, ibu bapa, keluarga, jiran tetangga, kawan-kawan, dan sebagainya.

Setiap perhubungan yang terjalin tidak pernah lari daripada masalah,persengketaan, perselisihan fahaman, pergaduhan dan pertengkaran. Walau bagaimanapun, setiap masalah yang berlaku bergantung kepada bagaimana cara kita menanganinya supaya masalah yang timbul tidak berlarutan.

Kesimpulannya, insan di dunia ini tidak akan terlepas dari sebarang dugaan yang melanda. Pokok pangkalnya, setiap penyelesaian mestilah kembali kepada tuhan yang Maha Esa untuk mencari keredhaan-Nya. Jalan penyelesaian juga akan dijumpai sekiranya kedua belah pihak saling bertolak ansur dan mengalah. Justeru, kebahagiaan boleh dinikmati sekiranya kita menempa kejayaan sama ada di dunia atau pun di akhirat kelak.


Monday, May 5, 2014

SETELAH SEKIAN LAMA ...

AKHIRNYA


Atikah n Aini

Yeah ! Akhirnya bersua juga . Dah lama tak lepak dengan dorang . Ceh time lepak pun bukannya sembang sangat . Maklumla masing-masing dengan gadget sendiri . Haha . Tapi ape pun release jugak rasa rindu di hati . Banyak perkara and situasi lawak berlaku hari ni . Naik moto kapcai . Dah la susah nak bawak . Haha. Ada pulak sorang mamat ni nangis sebab melayan perasaan sorang-sorang . Suruh abaikan pulak tu . Ika ??? Dia tak habis-habis dengan lagu korea . Alhamdulillah akhirnya belajar jugak guna twitter . Hehehehe .

Nilah budak yang jiwa kacau tu . Muka time ni memang tak boleh blah . Hahaha

Budak penyibuk . Hahahaha