Friday, October 16, 2015

PENTAS DUNIA

Manusia . Apabila terdesak sanggup melakukan apa sahaja ketika berada dalam keadaan terdesak. Tidak kira mangsa, cara atau keadaan. Tidak mustahil teman yang paling rapat suatu hari nanti akan menjadi duri dalam selimut. Kadang kala aku tertanya-tanya adakah perlunya kepercayaan semula dalam sesuatu perhubungan andainya penipuan yang tercipta telah terbuka pekungnya? Di manakah letaknya kepercayaan dan kesetiaan dalam sesuatu ikatan? Adakah ianya penting? Tetapi mengapa dengan mudahnya manusia meretakkan kepercayaan yang sedia terjalin? Mengapa? Adakah kerna pentingnya diri sendiri sehingga lupa pada perasaan orang lain? Adakah dengan melakukan seperti itu dapat memuaskan hawa nafsu sendiri? Walau bagaimanapun, adakah hati kamu masih bahagia dan tenang? Sungguh kejam wahai kamu yang bernama manusia. Asyik menundingkan jari jika semua tembelang sudah pecah. Mengapa tidak kamu sendiri mengaku bahawa itu juga salah satu kesalahanmu? Egois sungguh wahai manusia yang durja. Sesungguhnya aku tidak mengerti. Aku juga manusia yang tidak lekang dari melakukan kesalahan kerna aku tidak sempurna. Namun, aku sungguh kecewa dengan caramu. Semoga suatu hari nanti kamu akan menyedari dengan penipuan tidak akan membahagiakanmu. Malah ianya akan membuat hidupmu lebih sengsara. Sedarilah wahai manusia . . .