Friday, October 16, 2015

PENTAS DUNIA

Manusia . Apabila terdesak sanggup melakukan apa sahaja ketika berada dalam keadaan terdesak. Tidak kira mangsa, cara atau keadaan. Tidak mustahil teman yang paling rapat suatu hari nanti akan menjadi duri dalam selimut. Kadang kala aku tertanya-tanya adakah perlunya kepercayaan semula dalam sesuatu perhubungan andainya penipuan yang tercipta telah terbuka pekungnya? Di manakah letaknya kepercayaan dan kesetiaan dalam sesuatu ikatan? Adakah ianya penting? Tetapi mengapa dengan mudahnya manusia meretakkan kepercayaan yang sedia terjalin? Mengapa? Adakah kerna pentingnya diri sendiri sehingga lupa pada perasaan orang lain? Adakah dengan melakukan seperti itu dapat memuaskan hawa nafsu sendiri? Walau bagaimanapun, adakah hati kamu masih bahagia dan tenang? Sungguh kejam wahai kamu yang bernama manusia. Asyik menundingkan jari jika semua tembelang sudah pecah. Mengapa tidak kamu sendiri mengaku bahawa itu juga salah satu kesalahanmu? Egois sungguh wahai manusia yang durja. Sesungguhnya aku tidak mengerti. Aku juga manusia yang tidak lekang dari melakukan kesalahan kerna aku tidak sempurna. Namun, aku sungguh kecewa dengan caramu. Semoga suatu hari nanti kamu akan menyedari dengan penipuan tidak akan membahagiakanmu. Malah ianya akan membuat hidupmu lebih sengsara. Sedarilah wahai manusia . . .

Sunday, October 5, 2014

PAINFULL

My Deep Feelings





painfully bitten within,
i cannot help but cry out,
with no shoulder to lean on.
of the past experience untold,
its hard to spill it out,
yours was to leave me torn,
proudly you walk away tall,
it is not about your score,
and the deep scares you left,
i will find it hard to erase,
but watch me am totally moving on,
i will match with my mind first,
then my little hollow heart,
follows with time after recovery,
it is another chapter to discover,
you were not prince charming after all,
patiently and hopefully with time,
you will notice the value of what you tossed,
when another person finds your treasurer,
and dusts of carefully the diamonds
hence seeing the worth you failed to

BY : UNKNOWN

Saturday, September 20, 2014

Akhirnya. .

Akhirnya aku kembali nak update blog. Ahahaha sebelum ni terasa malas sangat. Lagi satu terlalu busy dengan praktikal. Macam-macam perkara dah berlaku sepanjang aku praktikal kat Penang. Sedikit sebanyak mengajar aku apa itu erti kehidupan pabila berjauhan dengan familia. Sebak terasa di dada bila menahan kerinduan. Tiada yang bisa mengantikan tempat keluarga aku. Kat sini jugak aku belajar duit menyebabkan manusia lupa segala-galanya. Duit tak bisa membeli kebahagian tapi duit penyebab manusia berbalah, bertelagah. Memang aku tak boleh nafikan duit memang satu keperluan pada masa ni. Sedangkan nak ke tandas pun perlu bayar. Cuma satu je kat dunia ni masih free iaitu bernafas. Kalau satu nafas pun perlu dibayar pada masa akan datang, aku tak tau le. Jujur aku katakan sepanjang aku praktikal banyak perkara yang membuka mata aku. Melihat manusia punya ragam dan kerenah. Tapi aku bersyukur sangat sebab masih ada saki-baki manusia yang berperikemanusiaan. Walaupun tak kenal aku siapa tapi masih boleh bantu. Huhuhu aku doakan semoga orang macam ni Allah sentiasa melindungi dia dan selalu hidup senang walaupun ditimpa masalah. Hehehe. Aih ape yang aku melalut panjang-2 ni. Hahahahaha. 

Monday, June 30, 2014

Pengalaman Praktikal

Assalamualaikum...


Dah lama aku tak update blog. Maaf yer. Sibuk sangat-sangat sampai masa untuk diri sendiri pun tak ada. Hehe. Dah seminggu aku praktikal kat Penang. Walaupun penat tapi aku rasa tak sia-sia aku praktikal kat sini. Bos aku pun sporting and tak kedekut ilmu. Terasa sangat-sangat aku ni lacking dengan ilmu. Sepanjang kat poli aku terlalu mengejar pointer sampaikan lupa untuk memahami subjek yang aku ambik. Atas tiket untuk lepas subjek je. Tapi sebenarnya aku buat kesilapan yang besar sebab pergi mana pun ape yang belajar kat poli akan diguna pakai dekat luar. Banyak benda yang patut aku belajar lagi. Pengalaman 6 bulan tak cukup praktikal tak cukup sebenarnya. Aku harap lepas ni aku tak ambik remeh lagi pasal ni.



Pemasangan CCTV sekitar Seberang Perai


Bekerja sambil berjalan :)

Tuesday, June 3, 2014

Kerinduan

Kerinduan. Mungkin itu lah perasaan yang boleh digambarkan pada ketika ini. Sepi yang merentap jiwa ini tidak mungkin dapat diungkapkan dengan kata-kata. Cukuplah sekadar merasainya. Terasa amat perit hatiku menanggung duka. Perasaanku kian hambar. Tiada bait kata-kata yang bisa mententeramkan jiwaku di kala ini. Pemergianmu amat dirindui. Dikala aku memerlukan dan mengharapkanmu, kau telah pergi. Hati ku sungguh berasa sayu. Namun, apa gunanya jika aku meratapi pemergianmu? Kerna semua yang bernyawa pasti akan menghadap Ilahi jua. Cukuplah sekadar serangkap pantun yang aku coretkan. Menggambarkan betapa kaulah yang teristimewa dalam hidupku.


Tatkala hujan membasahi bumi,
Hatiku gundah terkenangkan kamu,
Tangan menghulur sepuluh jari,
Andai diri ini melukaimu.


#Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan 
orang-orang yang beriman. Amin. Miss you Papa.

Wednesday, May 14, 2014

RESULT

esok insyaallah result keluar.. T.T.. takutlah dah la aq tengah risau tapi boleh pulak sorg minah ni buat muka tak berperasaan kat aq.. rasa nak tembak je.. tapi tak sampai hati sebab pikir member.. huargggh... mintak2 la hpnm naik... tolong la jangan jatuh gedebuk macam buah nangka jatuh ke tanah.. punah segala harapan ku.. impian ku musnah.... huhuhu T.T.. tula lain kali time exam jangan main2.. tapi aq rasa tak ada perubahan pun.. huahuahua.. walau ape pun result esok aku terima sebab tak serius dalam study... haha.. redha je la...



HALUSINASI

Satu novel yang agak merumitkan sekiranya tanpa penghayatan dalam pembacaannya. Buat pertama kalinya aku menukar selera dari novel romantik kepada novel horror kerana novel ini. Jessy Mojuru merupakan penulis Halusinasi. 

Cerita ini mengisahkan kehidupan Maya yang dihantui kisah lampau. Maya begitu teruja menukilkan karya mistik. Bab demi bab dikarang dengan penuh penghayatan. Kisah misteri yang melibatkan sebuah kemalangan ngeri tiga buah kereta.Sepanjang menyiapkan karya itu, dia sering disergah lembaga berkelubung. Ada sahaja mahkluk yang menakutkan datang mengganggu. Banyak perkara pelik berlaku kepadanya. Fikirnya, itu cuma halusinasi. Dia juga didatangi suara tanpa wajah yang mahukan dia menyelesaikan sesuatu yang dia tidak tahu. Sedangkan dia menyangka sedang berimaginasi dengan watak-watak dalam karyanya. Tanpa disangka, segala yang tercoret dalam karyanya benar-benar terjadi! Malah rentetan daripada malapetaka itu, seorang demi seorang kenalannya mati! Maya bingung. Dia cuma novelis. Benarkah dia sekadar berhalusinasi? Dan apa sebenarnya yang suara tanpa wajah itu mahu daripadanya? Selagi dia tak merungkai kemelut ini, selagi itu dia terus dihantui.