Saturday, September 20, 2014

Akhirnya. .

Akhirnya aku kembali nak update blog. Ahahaha sebelum ni terasa malas sangat. Lagi satu terlalu busy dengan praktikal. Macam-macam perkara dah berlaku sepanjang aku praktikal kat Penang. Sedikit sebanyak mengajar aku apa itu erti kehidupan pabila berjauhan dengan familia. Sebak terasa di dada bila menahan kerinduan. Tiada yang bisa mengantikan tempat keluarga aku. Kat sini jugak aku belajar duit menyebabkan manusia lupa segala-galanya. Duit tak bisa membeli kebahagian tapi duit penyebab manusia berbalah, bertelagah. Memang aku tak boleh nafikan duit memang satu keperluan pada masa ni. Sedangkan nak ke tandas pun perlu bayar. Cuma satu je kat dunia ni masih free iaitu bernafas. Kalau satu nafas pun perlu dibayar pada masa akan datang, aku tak tau le. Jujur aku katakan sepanjang aku praktikal banyak perkara yang membuka mata aku. Melihat manusia punya ragam dan kerenah. Tapi aku bersyukur sangat sebab masih ada saki-baki manusia yang berperikemanusiaan. Walaupun tak kenal aku siapa tapi masih boleh bantu. Huhuhu aku doakan semoga orang macam ni Allah sentiasa melindungi dia dan selalu hidup senang walaupun ditimpa masalah. Hehehe. Aih ape yang aku melalut panjang-2 ni. Hahahahaha. 

No comments:

Post a Comment