Thursday, February 6, 2014

KRIK KRIK

KEBOSANAN YANG MELAMPAU


Erm. Bosannya. Tak tau nak buat ape. Nak online FB sudah jemu. Akhirnya kat blog jugak la tempat meluahkan rasa. Sudah seharian suntuk menghadap FB. Apela yang ada kat FB sampai tak ingat dunia n tak terasa masa berjalan. Mata boleh rosak oo. Hehe. Alang-alang jom explore keburukan n kebaikan berFB ni.



Sejarah Facebook

Facebook telah diasaskan oleh seorang anak muda yang berasal dari  NewYork. Nama beliau ialah Mark Zuckerberg, dilahirkan pada  tahun 1984, dan beliau telah mengasaskan Facebook ketika beliau masih lagi menuntut di Universiti Harvard. Sebelum ini, Mark Zuckerberg juga pernah membina beberapa laman web sosial yang lain, antaranya ialah Coursematch dan Facemash. Kini Mark Zuckerberg adalah seorang billionaire.
Mark Zuckerberg telah melancarkan Facebook  pada febuari 2004. Semasa pelancaran, dalam masa 24 jam saja, seramai 1,200 pelajar Harvard telah mendaftar, dan dalam masa sebulan hampir separuh prlajar serjana muda  di Universiti Harvard telah membuka akaun di Facebook. Kemudian rangkaian tersebut telah berkembang ke seluruh universiti yang terdapat di Amerika Syarikat, dan kini Facebook telah tersebar luas ke serata dunia. Facebook telah ‘menjadi’ Facebook.com selepas nama domain tersebut dibeli dengan harga USD200,000.

*Tahukah anda, nama Facebook diambil sempena dengan nama borang yang akan diedarkan kepada pelajar baru di Universiti Harvard. 


Kelebihan Facebook

1. Mengeratkan hubungan silaturahim dan mewujudkan hubungan Satu Malaysia
2. Tempat untuk memajukan empayar perniagaan
3. Tempat khidmat nasihat dan kaunseling
4. Menghilangkan rasa bosan
5. Sebagai medium menambahkan ilmu pengetahuan
6. Membina dan berkongsi nota
7. Digunakan untuk menyebarkan dakwah


Keburukan Facebook
1. Pembaziran masa, melalaikan dam meningkatkan bil elektrik
2. Penyebaran maklumat yang salah sehingga menjatuhkan maruah seseorang
3. Penggunaan kod sumber palsu
4. Tempat penyebaran fitnah
5. Kes penipuan
6. Penyebaran maklumat peribadi


Sumber dari :
http://ptmk.ump.edu.my/index.php/artikel/62-sistem-aplikasi/215-sejarah-facebook.html
http://dy-izzaidy.blogspot.com/

2 comments: